Assalammualaikum guys :)
Well, setelah sekian lama tidak pergi hiking. Alhamdulillah kali ni berpeluang untuk hiking di Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya. Since kerja di KL ni, selalunya spend weekend di bilik atau shopping mall ja. So, kali ni dapat juga buat aktiviti outdoor lepas habis kursus hari tu di PU Subang and the best thing is tak jauh dari tempat tinggal. By the way, Bukit Gasing ni adalah FREE OF CHARGE (FOC), tiada bayaran yang dikenakan kalau nak pergi hiking di sini. Since this is my 1st time pergi ke Bukit Gasing ni, I was totally clueless apa yang best dekat sini sebab tak pernah buat research pun pasal bukit ni. Tapi bukit ni dah FAMOUS dalam kalangan penduduk KL untuk merasai kenikmatan alam yang segar dan ramai yang jadikan bukit ni sebagai tempat training, maybe training sebelum mendaki tempat yang lagi tinggi ataupun ada upcoming tournament.
This is the main entrance Hutan Pendidikan Bukit Gasing.
Since kami semua ni first time ke sini, kami hanya sempat ke Menara Telekom. Laluan ke Menara Telekom adalah menaik dan mendaki. Barulah rasa feel mendaki sikit jika dibandingkan pada awal-awal yang terlalu banyak jalan landai. Pendakian ke puncak menara Telekom dan temple ni mengambil masa around 15-20 minit macam tulah. So, bila dah sampai puncak Menara Telekom tu, situ memang wajib untuk bergambar sebab pemandangan yang cantik dan look nice. Since Bukit Gasing ni tidaklah tinggi sangat, so cara pendakian kami lebih santai dan tidak terburu-buru. Actually, Bukit Gasing ada banyak trail dan ada tempat yang menarik selain daripada Menara Telkom ni. Ada jambtan gantung yang terletak di Bukit Gasing ni tapi kami tak sempat pergi sebab tak tahu laluan ke sana. Takpa, lain kali boleh pergi lagi kan.
View dari atas puncak Menara Telekom.
Feeling jap "on the top of the world".
Ambil gambar bertiga sebelum turun semula ke starting point.
So, for those yang suka dengan aktiviti hiking, Bukit Gasing is the best place untuk training dan pada masa yang sama dapat menghirup udara segar dan mengamati suasana hutan. Bukit Gasing ni quite famous dan ramai yang datang ke sini pada hujung minggu dan public holidays. Lagipun, tiada bayaran yang dikenakan. So, ada masa dan waktu yang terluang, why not spend your time in here ? Kan, at least dapatlah keluar peluh yang dah lama terperap dalam badan. Okay, so that's all for today dan jumpa lagi di posting yang lain di hari yang lain. Adios.
Wah.. dah ada speaking sikit dlm post ni. good job
ReplyDelete